Monday, September 15, 2008

Kekal Bertenaga Semasa Ramadhan

KEGIATAN seharian semasa Ramadan dengan suasana persiapan Hari Raya Aidilfitri pasti akan membuatkan kita terasa keletihan di luar kebiasaan.
Kepenatan dan ketidakupayaan untuk memberi tumpuan merupakan masalah yang sepatutnya diberi perhatian. Bagi sesetengah orang, ini mungkin menjadi sesuatu yang membebankan.
Akibat kepenatan dan hilang tumpuan, ia akan membebankan jasmani, fikiran dan perasaan. Keadaan ini boleh menyebabkan kekurangan fungsi daya ketahanan badan dan boleh membawa kepada kesakitan serta mungkin mengakibatkan kemalangan yang tidak diingini.
Meminum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi dengan banyak bukanlah jalan yang terbaik. Mereka yang mempunyai masalah kepenatan yang teruk akan mendapati masalah mereka semakin bertambah dengan mengambil minuman berkafein.
Pada bulan puasa, diet kita bertukar dengan ketara. Pengambilan makanan menjadi lebih berat pada sebelah pagi dan malam tanpa mengisi perut di antaranya pada tempoh yang panjang.
Perubahan ini bukannya dapat diterima dengan baik oleh semua orang. Sesetengah daripada mereka ini mengalami penumpuan kurang baik dan keletihan ketika berpuasa.
Antara sebabnya adalah kerana terjadinya kandungan gula darah yang rendah dan tekanan darah rendah.
* Kepenatan dan hilang daya tumpu
Antara tanda-tanda kandungan gula darah rendah ialah kelemahan, kepeningan, keletihan, penumpuan fikiran kurang baik, berpeluh yang terlampau, menggigil, sakit kepala dan jantung berdegup dengan kencang.
Elakkan pengambilan terlalu banyak gula iaitu karbohidrat yang diproses terutamanya pada waktu sahur.
Ini akan menyebabkan badan menghasilkan terlalu banyak insulin sehingga glukosa darah menurun. Makanlah karbohidrat kompleks dan jenis yang lambat hadam iaitu bijirin seperti barli, gandum, oat, semolina, kekacang, dal, tepung gandum penuh dan beras perang pada ketika bersahur dan mengehadkan pengambilan makanan dan minuman bergula.
Gejala yang berkaitan dengan tekanan darah rendah ialah berpeluh dengan melampau, kelemahan, keletihan, kekurangan tenaga, kepeningan terutamanya semasa ingin berdiri selepas duduk, kelihatan pucat dan berasa ingin pitam.
Keadaan ini cenderung untuk berlaku apabila hampir ke waktu petang. Antara sebab biasa termasuk pengambilan air dan garam yang terhad.
Oleh itu kekalkan rasa sejuk, perbanyakkan pengambilan air dan garam (untuk mereka yang tiada darah tinggi).
* Makanan tambahan untuk tenaga
Koenzim-Q10, Spirulina, Klorela dan Jeli Raja boleh meningkatkan tahap tenaga dengan mengoptimumkan tindak balas biokimia yang melibatkan penghasilan tenaga.
Klorofil, Ginseng Siberia dan Vitamin B12 ialah zat makanan yang menambah tenaga. L-Carnitine pula membantu menukarkan asid lemak kepada tenaga untuk membekalkan tenaga kepada setiap sel dalam badan anda terutamanya dalam jantung.
Pilihlah minuman “hijau” yang diperkaya dengan nutrisi yang telah diterangkan, ditambah zat makanan untuk memastikan tahap tenaga optimum pada setiap hari ketika berpuasa.
* Tekanan fizikal, radikal bebas
dan sistem imuniti badan
Keletihan dan tekanan disebabkan tidak cukup tidur dan kurangnya pengambilan makanan, boleh mengurangkan tahap daya ketahanan badan seseorang. Ini boleh mengakibatkan seseorang mudah terdedah kepada jangkitan virus dan bakteria.
Echinacea ialah salah satu tumbuhan herba yang paling banyak direkodkan bagi meningkatkan daya ketahanan badan.
Ia biasanya disyorkan bagi kegunaan pembekalan sokongan optimum pada badan ketika musim “selesema”, sementara Maitake dan Astragalus telah digunakan dalam perubatan Cina tradisional selama beribu-ribu tahun untuk meningkatkan pembentukan sistem daya tahan yang lebih kuat.
L-Lysine membekalkan sokongan zat makanan kepada sistem pertahanan semula jadi badan untuk mengatasi jangkitan virus, dengan itu ia berkesan dalam rawatan herpes, lepuh sejuk, ulser mulut dan demam.
Untuk memastikan sistem badan anda sentiasa sihat, pilihlah minuman “hijau” yang menggabungkan herba perangsang daya tahan yang menggabungkan ramuan dari Barat dan Asia untuk membantu menguatkan sistem pertahanan badan ketika berpuasa.
Antioksidan seperti asid alfa lipoik, ekstrak biji anggur, Pycnogenol dan ekstraks teh hijau dapat melindungi daripada tindakan radikal bebas yang merosakkan tisu badan.
Asid alfa lipoik ialah satu-satunya antioksidan yang boleh meningkatkan tahap glutathione iaitu sejenis antioksidan penting dalam badan anda.
Bahan-bahan yang disebutkan ini boleh didapati dalam “formula hijau” yang bermutu tinggi, untuk membantu mengawal badan kita daripada kerosakan radikal bebas yang melampau.
Dengan mengambil “formula hijau” yang berkhasiat, diperkaya dengan lebih 76 jenis makanan terbaik, akan memanfaatkan semua lapisan masyarakat dari golongan remaja sehingga warga emas termasuk lelaki dan wanita.
Ini kerana ia direka khas untuk membantu menyokong sesiapa yang mementingkan kesihatan, menguatkan badan, membersihkan sistem badan, mengatur sistem daya tahan badan, menggalakkan keadaan beralkali dan berprotein tinggi.
Ia memberi faedah kepada umat Islam yang berpuasa dan ingin memelihara kesihatan optimum sepanjang Ramadan dan bagi kekal sihat sepanjang tahun.
Oleh itu, dengan mengambil langkah-langkah yang telah disebutkan, diharapkan anda mendapat tenaga tambahan dan berpuasalah dengan penuh tekun tahun ini. Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maklumat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan seharusnya tidak digunakan sebagai ganti nasihat kesihatan peribadi. Jika anda sedang mengalami masalah kesihatan, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan pengamal pakar kesihatan
-Petikan utusan malaysia-

No comments: